RSS

shan liang

下次再来哟!!

Saturday, 26 November 2011

Bab 11


BAB 11: KATA SERU  叹词

Kata Seru
叹词
Ragam Perasaan
情绪
Ayat Contoh
例句

Aduh     
哎哟
sakit / keluhan
Aduh,sakitnya mataku ini!
Aduhai  
哎哟
sedih/dukacita/
simpati
Aduhai, malangnya nasib ibu tua itu!
Amboi
哎呀
hairan/kagum
Amboi, cantiknya kereta anak orang kaya itu!
Ceh    
mengejek
Ceh, musang berbulu ayam rupanya kamu ini!
Cis      
marah/mengejek
Cis, keluar kau dari rumah ini!
Ah    
tidak setuju
Ah, semua itu alasannya!
Eh  
 
hairan/terkejut
Eh, datang juga kamu!
Nah    
marah/menarik/
perhatian
Nah, ambillah buku ini!
Hai  
gembira/menegur
Hai, apa khabar!
Oh     
hairan/ terkejut
Oh, kamu rupanya!
Syabas
 好极了
gembira
Syabas, kamu telah lulus!
Wahai  
kasihan/ sedih
Wahai adikku, ibu telah pergi tanpa pesan, tinggal kita dua bersaudara!

LATIHAN 11


( A)   Bulatkan jawapan yang sesuai .


1)____________ anak-anakku, janganlah malas
    belajar!
A   Wahai
B   Aduhai

2)_____________, pedasnya sambal ini!
A   Wah
B   Eh

3)_____________, peningnya kepalaku!
A   Nah
B   Aduh

4)_____________, ambil gula-gula ini!
A   Nah
B   Hai

5)_____________, berani kau marahi aku!
A   Cis
B   Aduh

6)_____________, indahnya pemandangan
    di puncak gunung ini!
A   Wah
B   Aduh

7)_____________, kamu telah memenangi
    pertandingan itu!
A   Syabas
B   Aduhai

8)_____________, anak-anakku, belajarlah
   bersungguh-sungguh!
A   Hai
B   Wahai

9)_____________, habis wang aku dirampasnya!
A   Cis
B   Nah

1.    

0 comments:

Post a Comment

Tonight I Celebrate My Love For You


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

sticker

Daisypath Christmas tickers