KATA GANTI NAMA DIRI(人称代词) | |
Pertama 第一人称 ( orang yang bercakap) | Saya, aku, kami, kita, beta, patik |
Kedua 第二人称 ( orang yang diajak bercakap) | Engkau, awak, kamu, kalian |
Ketiga 第三人称 ( orang yang dicakapkan) | Dia, -nya, mereka, beliau, baginda |
Ayat Contoh:
- Kemangkatan baginda amat dirasai rakyat jelata.
- Pengemis itu ditangkap ketika dia meminta sedekah.
- “ Saya datang dari Sabah,” kata Diana memperkenalkan dirinya.
- Kami akan pergi menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Merdeka esok.
- Kita mestilah menghormati kepada ibu dan bapa.
- Saya akan datang ke rumah awak malam ini.
- Saya berharap kalian bersabar.
- Ia ditangkap oleh polis kerana terlibat dalam kes kecurian.
- Cikgu Lim sangat rajin, ( Hamba, Beliau ) disayangi oleh murid-muridnya.
- Kakak dan abang sering bergaduh. ( Kalian, Mereka ) seperti anjing dengan kucing.
- Sultan Mansur Shah sedang gering. ( Baginda, Dia ) dirawat oleh tabib diraja.
- “ Nama saya Chen Kar Jun. Siapakah nama ( awak, dia ) ? kata Kar Jun.
- “ Di manakah rumah ( kita, kamu ), Siti Aminah?” Tanya Cikgu Yasmin.
- “( Aku, Saya ) akan pergi ke rumah Azizan pada petang ini,” kata Halim kepada rakannya.
- Encik Zakrin guru mata pelajaran Matematik saya. ( Dia, Beliau ) amat saya hormati.
- Ini begnya. Jadi, biarlah ( dia, kita ) yang ambil.
( B ) Garisi jawapan yang betul, kemudian tulis ayat semula.
- Zainuddin dan rakan-rakan ( dia, -nya) memacing ikan di tepi sungai.
_________________________________________________.
- Hubungan ( kita, kami ) sangat akrab.
_________________________________________________.
- ( Kamu, Kita ) mestilah mematuhi peraturan semasa di jalan raya.
_________________________________________________.
0 comments:
Post a Comment