RSS

shan liang

下次再来哟!!

welcome

Friday 25 November 2011

Bab 9

BAB 9: KATA SENDI NAMA   介词
 di 
1.     Tempat  地方
-         Datuk berehat di ruang tamu.
2.     Arah      方向
-         Dia terjumpa sebuah dompet di tepi jalan raya.

dari 
1.     Tempat  地方
-         Ayah baru pulang dari tempat kerjanya.
-         Wahab mengeluarkan buku dari beg sekolahnya.
2.     Arah      方向
-         Kera itu turun dari atas pokok rambutan itu.
3.     Masa  时间
-         Kami mula belajar dari pukul 7.20 pagi.
-         Kami ke kelas tambahan dari hari Isnin hingga hari Jumaat.

ke  
1.     Tempat  地方
-         Puan Aminah berjalan kaki ke pasar.
2.     Arah      方向
-         Kapal itu belayar menuju ke barat.

daripada   从,比
1.     Manusia   人类
-         Abang menerima hadiah daripada gurunya.
2.     Haiwan    动物
-         Susu daripada lembu sungguh berkhasiat.
3.     Perbandingan  比较
-         Beg ini lebih berat daripada beg itu.
4.     Sumber  来源
-         Pasu itu diperbuat daripada tanah liat.

kepada    向,给
1.     Manusia   人类
-         Murid-murid mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Chow.
-         Saya akan memberikan hadiah ini kepada Zukifil.

dengan   用,一起
1.     Manusia   人类
-         Saya pergi ke pasar malam dengan kakak.
2.     Benda    东西
-         Yoke Yin menaip surat dengan komputer.

pada   在,于
1.     Manusia   人类
-         Pen itu ada pada kakak.
2.     Haiwan    动物
-         Diikatnya tali pada leher lembu itu.
3.     Masa   时间
-         Kereta api akan bertolak Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi.

hingga   直到,至
1.     Masa   时间
-         Ibunya berjaga hingga larut malam.

untuk   
1.     Manusia   人类
-         Hadiah itu untuk guru sempena Hari Guru.

seperti   好像
1.     Perbandingan  比较
-         Hati bapanya keras seperti batu.



LATIHAN 9


( A ) Isi tempat kosong dengan Kata Sendi Nama yang sesuai.

di
daripada
dari
kepada
ke
dengan

1.   Baju Melayu ini diperbuat ________________ kain
yang bermutu tinggi.

2.   Siew Kin memotong kek _________________ 
     sebilah pisau.

3.   Wan Ni berasal __________ Kota Kinabalu, Sabah.

4.   Orang kaya itu tinggal _________ sebuah rumah
          banglo.

5.   Ting Quan mengucapkan terima kasih _________
sepupunya.

6.   Adi menaiki bas _____________ sekolah.

( B ) Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul.


dengan tulisan yang kemas.

di perpustakaan sekolah.

kepada sahabat penanya.

daripada abangnya.

pada pokok mangga.


1.   Adik Ming Ling lebih pandai _________________

________________________________________ .

2.   Siew Loon menulis ________________________

          _______________________________________

3.   Lembu itu ditambat ________________________

          ________________________________________

4.   Murid-murid meminjam buku _________________

________________________________________ .

5.   Amran mengirim e-mel _____________________

________________________________________ .


( C ) Tandakan ( ) pada ayat-ayat yang betul.

 1.(a) Sukri bertolak ke Melaka di waktu malam.       (     )
   (b) Sukri bertolak ke Melaka pada waktu malam.  (     )

2.(a) Pokok bunga mawar itu ditanam di dalam pasu. (    )
   (b) Pokok bunga mawar itu ditanam antara dalam  pasu. 
        (    )

0 comments:

Post a Comment

Tonight I Celebrate My Love For You


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

sticker

Daisypath Christmas tickers