RSS

shan liang

下次再来哟!!

welcome

Friday, 25 November 2011

Ujian Pengukuhan 1


UJIAN PENGUKUHAN 1

( A )   Isi tempat kosong dengan Kata Nama Am    
          yang sesuai.              (     / 10 )

baju
kamus
kucing
lidi
belon

1.  Peserta-peserta itu sedang meniup ______________
      sehingga pecah.
2.  Kim Leng memakai ___________ yang sangat cantik.
3.  Azizi merujuki _______________ untuk mencari
     makna perkataan.
4.  Nenek meraut ________ untuk membuat penyapu.
5.  ___________ itu sedang makan seekor ikan.


( B )   Bulatkan jawapan yang betul.            (     / 10 )

1.  Mak Cik Tijah _________________ kopi di dalam teko.
A.  membancuh
B. mengacau

2.  Sukri ______________ mendaftar nama sebagai
     pelajar baharu di sekolah itu.
A.  mencatat
B. mendaftar

3.  Sebatang kayu _______________ di permukaan
     sungai.
A.  terapung
B. melompat

4.  Anjing liar itu ____________ oleh pekerja Majlis
     Perbandaran Ipoh.
A.  ditangkap
B. dilihat

5.  Para pelajar akan menginap di _______________
      pada tahun depan.
A.  asrama
B. makmal

( C )   Isi tempat kosong dengan Kata Tanya yang sesuai. 
          (   / 18 )

Bagaimanakah
Mengapakah
Bilakah
Apakah
Berapakah
Siapakah

1.  _________________ muka budak itu pucat?

2.  _________________ harga kereta model terkini?

3.  _________________ cara-cara membuat cucur udang?

4.  _________________ yang dipegang oleh adik?

5.  _________________ yang menjuarai pertandingan
    catur?

6.  _________________ kamu akan pergi ke rumah
     Sabrina?

( D)   Tandakan pada ayat yang menggunakan Kata Sendi
          Nama dengan  betul.  (     / 12 )
1.  (a)  Langsir ini dijahit oleh seorang tukang jahit yang
            terkenal.                                                          (       )
     (b)  Langsir ini dijahit dengan seorang tukang jahit yang
            terkenal.                                                          (       )

2.  (a)  Beberapa ekor lembu meragut rumput pada
            padang.                                                           (       )
     (b)  Beberapa ekor lembu meragut rumput di
            padang.                                                           (       )

3.  (a)  Bunga hiasan ini diperbuat daripada bahan-
            bahan terbuang.                                               (       )
     (b)  Bunga hiasan ini diperbuat dari bahan-
            bahan terbuang.                                               (       )

4.  (a)  Nurul akan bercuti ke Pulau Pinang.                   (       )
     (b)  Nurul akan bercuti dari Pulau Pinang.                (       )

( E)   Padankan Ayat Tanya dengan jawapan yang betul,
         Kemudian  salin semula di atas garisan.   (     / 15 )

Ayat Tanya
1.  Bilakah Hari Guru disambut?
2.  Dari manakah sepupu kamu datang?
3.  Pada pukul berapakah kamu pergi ke sekolah
     setiap hari?
4.  Mengapakah kamu tidak suka makan kari ayam?
5.  Siapakah nama ayah kamu?

Jawapan
a.  Nama ayah saya Rahimi Bin Jamal.
b.  Saya pergi ke sekolah pada pukul 7.00
     pagi setiap hari.
c.  Saya tidak suka makan kari ayam kerana
     rasanya pedas.
d. Hari Guru disambut pada bulan Mei.
e. Sepupu saya datang dari Kuala Lumpur.

1. ________________________________________.

2. ________________________________________.

3. ________________________________________.

4. ________________________________________.

5. ________________________________________.


( F)   Warnai Kata Ganti Nama Diri yang sesuai.   (     / 10 )

1. Zye Jiun dan Xue Ling berjiran. ( Mereka, Dia )
    Bersahabat baik.

2. Pencuri itu telah ditangkap. ( Dia, Beliau ) dihantar
    ke balai polis.

3. Menteri Pelajaran kita berasal dari Johor. ( Beliau,
Baginda) seorang yang bertanggungjawab.

4. “ ( Kami, Kita ) sudah kenyang,” kata Rani dan Rita.

5.  Steven dan Johan ialah kawan baik. ( Mereka, Dia )
     sentiasa bermain di taman.

( G )   Bulatkan jawapan yang betul.                 (     / 25 )

1.  Pelari itu berlari dengan _____________.
A.  cepat
B. deras

2.  Kami membantu emak di dapur _____________
     ada masa lapang.
A.  kecuali
B. jika

3.  Datuk sedang ____________ surat khabar di
     ruang tamu.
A.  membaca
B. merujuk

4.  Amir dimarahi oleh gurunya kerana tulisannya
    __________________.
A.  tidur ayam
B. cakar ayam

5.  Se ____________ burung sedang terbang menuju
     ke sarang.
A.  gugus
B. kumpulan

6.  Pak Alias sedang ____________ layang-layang
     untuk cucunya.
A.  membuat
B. membina

7.  Leman menyandarkan basikalnya di _________
     pokok.
A.  dalam
B. bawah

8.  Mimi lebih cerdik _________ Lily.
A.  daripada
B. dari

9.  ____________ basikal adik telah patah.
A.  rerambut
B. jejari

10.  Mereka sekeluarga makan angin di __________.
A.  kantin
B. Singapora



0 comments:

Post a Comment

Tonight I Celebrate My Love For You


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

sticker

Daisypath Christmas tickers